Sahabat-sahabat sekalian..Blog ni nampaknya mengalami sedikit komplikasi. Oleh yang demikian, kerja baikpulih n naik taraf akan dijalankan..hehe..tapi bukan sekarang..Harap bersabar menantikan artikel, diskusi dan hujah2 yang akan datang.
Harap maklum.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Moga Ramadhan kali ini dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.. Anggaplah Ramadhan ini sebagai Ramadhan terakhir buat kita.. Sesungguhnya Allah itu BERKUASA, kita hanya hamba-Nya yang lemah...
Setelah sekian lama menyepikan diri. Hari ni w'pun kesuntukan masa, tiba2 tergerak hati utk menaip disini. Berapa jam dr skrg dah nak bertolak balik ke Perak. Tanpa disedari 'org yg tak pernah duk kat asrama' ni...alhamdulillah buat masa n berjaya 'survive' di bumi Matrikulasi Perak.
Pada 15 hingga 17 Jun, sy telah mengikuti kursus di Teluk Batik..byk pengisian yang diperoleh disana. Alhamdulillah tapi tetap rasa rugi tak dapat mengundi dalam Pilihanraya J/kuasa Perwakilan Pelajar.
Hm, hari ni nak memetik sedikit or 'recall' and 'refresh' about kuliah maghrib disana pada 16 Jun. Antara isi2nya adalah seperti dibawah:
Keberkatan Menghadiri Majlis Ilmu
Seperti yg kita tahu, menghadiri majlis ilmu adalah satu kewajipan bg setiap individu Islam w'pun dianggap fardhu kifayah. Antara solat sunat dgn mnghadiri majlis ilmu, mana yang perlu diutamakan? Antara membaca al-Quran dgn menghadiri majlis ilmu, mana yg menjadi keutamaan kita?? Sudah pastinya MENGHADIRI MAJLIS ILMU. Antara keberkatan menghadiri majlis ilmu ialah :
Darjat mereka akan diangkat oleh Allah.
Memimpin jalan menuju syurga Allah.
Dihadiri malaikat yang akan mendoakan mereka yang menghadiri majlis ilmu.
Dikurniakan pahala.
Maaf kerana tidak sempat mencari dalil2 berkenaan dengan perkara di atas. InsyaAllah akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tujuan Hidup Manusia
Beriman kepada Allah.
Seperti yg semua tahu, fitrah manusia adalah mengenali Tuhan.
Beribadah kepada Allah.
Ini dapat mendekatkan seorang hamba kepada penciptanya. Melaksanakan ibadah sunat adalah sebagai pengukuhan kepada ibadah2 wajib.
Lakukan kebaikan didunia seperti sedekah jariah dan lain-lain.
Tadbir dan bangunkan alam dengan agama.
Contohnya, sebuah TV Plasma...berapa inch eh? Cuba bayangkan yang paling besar. Digunakan tanpa berpandukan buku manualnya. Apa akan jadi? Silap hari bulan TV yg besar tu pun boleh melet0p. Hehe...TV Plasma tu ibarat agama dan buku manual diibaratkan sbg prinsip dalam agama. Oleh itu, pentadbira dengan agama biarlah bertunjangkan PRINSIP ISLAM SEBENAR.
Untuk berakhlak mulia.
Menjaga keamanan dan kerohanian semua.
Sekian saja untuk kali ini. Segala salah silap harap dapat diperbetulkan. Banyak lagi nak taip ni tapi masa tak mengizinkan. InsyaAllah akan disambung...Sesungguhnya segala yg baik itu datangnya daripada Allah Taala dan yg buruk itu datangnya juga dari Allah tetapi disandarkan kepada diri sy sendiri. Waallahu'alam.
"HIDUP BERTUNJANGKAN ISLAM MEMBAWA KEMANISAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT"
Masa : 10.00 - 10.30am Tarikh : 24 - 06 - 2007 Tempat : Baiti Jannati